Zhaf Travels

Terms And Conditions

Bahasa Melayu

Bayaran Deposit & Pembayaran Penuh Pakej

  • Kadar yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
  • Tempahan hanya akan dibuat setelah menerima bayaran deposit daripada pihak anda.
  • ⁠Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa tempahan dibuat.
  • ⁠Deposit bayaran pakej pelancongan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan selepas tempahan dibuat.
  • Sebarang perubahan tarikh adalah tertakluk kepada harga semasa pakej.
  • Bayaran penuh perlu dibuat mengikut jadual bayaran yang telah ditetapkan.
  • Gagal atau lambat membuat bayaran dari tarikh yang ditetapkan akan dikenakan bayaran tambahan.
  • Caj tambahan musim puncak akan dimaklumkan.
  • ⁠Atur cara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan oleh pengendali pelancongan di destinasi.
  • Zhaf Travels berhak untuk menukar atau mengubah program serta menyemak semula kadar harga tanpa notis awal atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
  • Tiada bayaran balik akan diberikan untuk perkhidmatan yang tidak digunakan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka (perkhidmatan tidak digunakan tidak akan dikembalikan).
  • Individu yang gagal melepasi imigresen di lapangan terbang antarabangsa, bayaran penuh tidak akan dikembalikan.
  • Zhaf Travels hanya bertindak sebagai ejen kepada penyedia perkhidmatan seperti syarikat penerbangan, hotel, feri, bas dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tindakan, kelalaian, kegagalan oleh pihak penyedia perkhidmatan tersebut serta perubahan peraturan kerajaan.

Syarat Pakej Berkumpulan (Open Trip)

  • Pakej ini adalah di bawah “Open Trip”. Jika jumlah peserta kurang daripada 10 orang, pihak kami akan memaklumkan kepada pelanggan mengikut SOP syarikat 1 bulan sebelum tarikh berlepas. Pelanggan boleh memilih salah satu pilihan berikut:
    • Menangguhkan perjalanan (21–31 hari bekerja) bermula dari tarikh pembatalan diterima melalui emel ke admin@zhaftravels.com
    • Menukar atau menangguhkan ke destinasi lain.
  • Selepas menerima jumlah bayaran penuh, proses seterusnya seperti pembelian luggage dan insurans perjalanan akan dibuat 14 hari sebelum berlepas kerana ini adalah pakej “Open Trip”.
  • Minimum 1 orang untuk menyertai pakej “Open Trip”, tiada bayaran tambahan akan dikenakan.
  • Peserta solo akan berkongsi bilik dengan peserta solo yang lain.
  • Bayaran tambahan akan dikenakan jika peserta solo perlu atau ingin bilik perseorangan

Pengiring Lawatan

  • ⁠Pengiring dari Zhaf Travels hanya akan dihantar jika kumpulan melebihi 14 orang. Jika kurang, wakil kami akan menyambut ketibaan anda di lapangan terbang negara tersebut.

Isu Penerbangan & Kereta Api

  • Sekiranya syarikat penerbangan dan kereta api membatalkan jadual atau sebarang isu berkaitan berlaku hingga menyebabkan tidak dapat berlepas, semua urusan akan diatur oleh Zhaf Travels. Sebarang pembelian tiket baharu, perbezaan harga perlu ditanggung oleh pelanggan.

Nota Penting

  • Tiket penerbangan akan dibeli setelah jadual bayaran kedua, iaitu 90 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Setelah tiket penerbangan pergi balik telah dikeluarkan dan pelanggan membatalkan, tiada bayaran balik akan diberikan.
  • Bayaran balik penuh hanya akan dipertimbangkan sekiranya berlaku kematian, tertakluk kepada keputusan syarikat penerbangan dan operator darat.
  • Semua deposit perlu dibayar sepenuhnya selepas pengesahan tempahan pakej.
  • ⁠Struktur bayaran deposit dan bayaran penuh adalah mengikut jadual seperti berikut.
  • ⁠Jika bayaran penuh tidak diterima dalam tempoh 40 hari sebelum tarikh berlepas, Zhaf Travels berhak membatalkan tempahan dan menyita deposit yang telah dibayar.


TUKAR TARIKH PERJALANAN (POSTPONED)

  • Zhaf Travels hanya membenarkan sekali penangguhan secara percuma ke tarikh baru (90 hari sebelum tarikh berlepas), sekiranya tiket penerbangan telah dikeluarkan, deposit akan terbatal 100%.
  • ⁠Sebarang penangguhan akan dikenakan Caj Pentadbiran (rujuk jadual di bawah).
  • ⁠Pelanggan yang menangguh perlu mengikut harga promosi semasa, dan harga promosi terdahulu tidak lagi terpakai.

Mengembara Melangkaui Imaginasi

Tentang Zhaf Travels

Zhaf Travels ialah syarikat pelancongan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 2022, khusus dalam menyediakan pakej percutian mampu milik dan mesra Muslim ke destinasi luar negara. Direka mengikut cita rasa rakyat Malaysia, setiap pakej menawarkan keselesaan, kemudahan dan pengalaman percutian yang menyeronokkan.

Sejak ditubuhkan, Zhaf Travels telah membawa lebih daripada 3,000 pelancong menjelajah pelbagai negara. Kami komited memberikan perkhidmatan yang telus tanpa caj tersembunyi, serta sokongan pasukan yang mesra dan profesional untuk memastikan setiap pelanggan menikmati perjalanan yang lancar dan bermakna.

Alamat:

A26, Lorong Ria Indah 18, Taman Ria Indah, 08000 Sungai Petani Kedah.

Email:

admin@zhaftravels.com

Phone:

+60196570997

Socmed:

  • Hubungi Kami
    Hubungi Kami