Naik ke puncak Fansipan, rasa alpine coaster di lereng gunung, dan nikmati kopi di tengah rel kereta ikonik Hanoi. Pakej padat, tiada perangkap pelancong, hanya pengalaman asli yang luar biasa!
Rumusan Trip
Trip bermula dengan penerbangan ke Hanoi sebelum terus ke tanah tinggi Sapa. Di sana, anda akan menikmati keindahan kampung etnik di Cat Cat Village, bergambar di Moana Sapa, mencuba Alpine Coaster yang mendebarkan, dan membeli cenderamata di pasar tempatan.
Kemuncak perjalanan ialah pendakian ke Fansipan Peak — puncak tertinggi Indochina — lengkap dengan cable car, monorail dan pemandangan gunung ganang yang menakjubkan. Hari keempat kembali ke Hanoi dengan lawatan santai ke Grand World Hanoi, Hanoi Train Street dan tasik Hoan Kiem yang ikonik.
Pakej ini direka untuk pengalaman penuh tanpa lawatan membosankan — hanya lokasi eksklusif, aktiviti asli dan pemandangan luar biasa.
Nota Untuk Traveller
- Ini adalah open trip, 10-16 orang dalam satu kumpulan
- Solo travel juga dialu-alukan
- Lunch dan dinner akan dibawa ke Halal Restaurant (Not Cover)
- Tiada Lawatan ke Muzium
- Tiada Lawatan ke Kilang
- Tiada Lawatan ke Tourist Trap Pakej yang kami buat padat dengan tempat lawatan yang tiada dlm pakej lain!
Write a Review