
Tumpak Sewu Waterfall
Air terjun bertingkat paling memukau di Jawa Timur.
5 hari 4 malam · Private Tour (Ground) · ★ 5 (21 ulasan) · Dari RM 1,250/pax
Ringkasan
Wajib deposit RM400/pax untuk booking.
Nikmati pengalaman pengembaraan 5 hari 4 malam menjelajah ke tiga lokasi alam semula jadi paling menakjubkan di Indonesia — Tumpak Sewu Waterfall, Kawah Ijen dengan fenomena Blue Fire, dan Gunung Bromo yang terkenal dengan pemandangan matahari terbit.
Pakej ini merangkumi penerbangan pergi balik, hotel, pengangkutan peribadi, jeep Bromo, peralatan mendaki lengkap (termasuk headlamp & gas mask), serta tour guide berpengalaman. Anda akan melalui laluan mencabar namun memuaskan, sambil menikmati keindahan alam yang luar biasa dari air terjun, tasik hijau beracun, hingga ke “sea of sand” di kaki Gunung Bromo.
Sesuai untuk solo traveler, pasangan, atau kumpulan kecil yang sukakan cabaran dan keindahan alam. Tempat adalah terhad – jom sertai pengembaraan ini sebelum penuh!
Perlu tahu
Bukan trip yang terlalu ramai. Lebih santai, mudah bergerak dan eksklusif untuk setiap peserta.
Masa bercuti bukan untuk tengok produk. Nikmati lebih banyak tempat menarik dan pengalaman sebenar.
Pilihan restoran menepati citarasa Malaysia, keutamaan makanan halal, sesuai untuk seisi keluarga.
Kenderaan bersih, berhawa dingin dan selesa supaya perjalanan antara destinasi lebih menyeronokkan.
Kebanyakan tiket aktiviti utama telah diuruskan lebih awal. Anda hanya perlu hadir dan menikmati.
Jadual seimbang antara aktiviti, rehat dan masa bebas untuk menikmati percutian dengan santai.
Sentiasa bersedia membantu, memberi cadangan dan memastikan perjalanan anda berjalan lancar.
Tiada caj tersembunyi. Apa yang dinyatakan dalam pakej adalah apa yang anda dapat.
Pasangan, keluarga, warga emas mahupun trip bersama rakan-rakan boleh menikmati dengan selesa.

Air terjun bertingkat paling memukau di Jawa Timur.

Kawah berasid dengan fenomena Blue Fire waktu subuh.

Gunung berapi ikonik dengan lautan pasir di kakinya.

Pendakian sebelum subuh untuk melihat api biru.

Naik jeep ke titik matahari terbit atas lautan pasir.

Turun ke dasar air terjun untuk pemandangan penuh.
Itinerari
Ketibaan di Surabaya, dijemput dengan kenderaan berhawa dingin menuju Whiz Prime Hotel, Malang (anggaran 2 jam), dengan henti makan tengah hari di Warung Pak Selamet Sedati. Daftar masuk dan berehat, makan malam di hotel pada 6.00 petang.
Daftar keluar seawal 5.00 pagi menuju Air Terjun Tumpak Sewu (anggaran 2 jam) dengan sarapan berkotak. Berjalan kira-kira 400 meter ke panorama air terjun; peserta yang ingin turun ke bawah akan ditemani pemandu tempatan. Bertolak jam 11.00 pagi ke Grand Padis Hotel (kira-kira 4 jam) dengan henti makan tengah hari sebelum daftar masuk dan berehat.
Bertolak tengah malam ke Kawah Ijen (2 jam), mendaki sejauh 3KM ke puncak dan menyaksikan Tasik Hijau serta fenomena Blue Fire sekitar 4.00 pagi. Turun semula dan kembali ke hotel untuk sarapan dan berkemas, kemudian bertolak ke kawasan Bromo (4-5 jam) dengan makan tengah hari dalam perjalanan, daftar masuk dan makan malam di hotel.
Menyaksikan matahari terbit Bromo dari Bukit Widodaren, meredah Lautan Pasir ke Kawah Bromo, dan melawat Air Terjun Madakaripura sebelum bermalam di Primer Place Hotel, Juanda.
Daftar keluar hotel jam 8.00 pagi dan bergerak ke Lapangan Terbang Surabaya untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Termasuk
deposit RM500/pax
Galeri pengembara
21 ulasan · 5★
Ulasan
Adzim Othman
2025-11-16
Bromo-Tumpak Sewu- Kawah Ijen
Pengalaman travel yang indah & terbaik. sangat berpuas hati dengan service yang disediakan. our guide Nina yang friendly & helpful. recommended agent travel.





NFA
2025-10-30
Three wonders, one journey — Bromo-Tumpak Sewu-Kawah Ijen 🍁
Mountains, Waterfalls & Craters. Pure nature vibes with Zhaff Ventures ✨

Nor syahirah binti noordin
2025-10-30
Bromo, tumpak sewu & kawah ejin
Besttt sangat puas hatiii.. pengalaman bercuti yang takkan pernah lupa dalam hidup.. tq zhaf travel & tour bawak kami .. insyaAllah kalau travel kita amik sini jugakk.. tqsm !!

Amiruddin Emran
2025-10-30
Trip to Bromo, Kawah Ijen & Tumpak Sewu
Alhamdulillah trip paling seronok dan enjoy, tour guide yg baik hati, sempoi dan memudahkan bnyak urusan. Trusted company dr zaftravel and tour. Adam yg encem lg baik hati dan sempoi.




BELLA NORDIN
2025-10-30
TRIP BROMO
Trip ke Bromo, Kawah Ijen dan Tumpak Sewu memang takkan lupa — semua tu sebab tour guide kami, Adam! Dia friendly gila, senang diajak berbual, dan banyak bantu sepanjang perjalanan. Terima kasih Adam sebab buat trip ni smooth dan penuh kenangan! 🌋✨







MR arhan
2025-07-10
BROMO
Best Service n Terpercaya Recomendedded buat korang yang nak bercuti..

Shanmugan
2025-07-10
Bromo
Terima kasih banyak Encik Putra! Anda memang tour guide terbaik! Seronok sangat sepanjang trip ni dari tempat- tempat menarik sampailah ke info-info unik yang kami takkan tahu kalau bukan sebab anda. Harap kita jumpa lagi dalam trip seterusnya!
Junita binti Haron
2025-07-10
Trip to Bromo, Kawah Ijen & Tumpak Sewu
Unforgettable Bromo Adventure with Zhaff Ventures & Mr. Futra! 🤩 Our trip to Mount Bromo (Kawah Ijen and Tumpak Sewu) was incredible, thanks to the smooth planning by Zhaff Ventures and our amazing tour guide, Mr. Futra. He was friendly, knowledgeable, and made the whole experience extra special with his local insights and great energy (and funny too! ) From the stunning sunrise views to the thrilling jeep ride across the Sea of Sand, everything was perfectly organized. We felt safe, inspired, and truly cared for the entire time ("no one left behind" 😉😍) Highly recommended! ⭐⭐⭐⭐⭐ Can’t wait to book another adventure with them! #Futra ps : I do....really..really really enjoy this 1st time joined via travel agent and i am glade tht is Zhaff Ventures! 🤩and Mr Futra as our tourguide 🥰 #futra Thank you Zhaff Ventures and team!

Jiha
Bromo
Trip paling best sekali, tour guide pun terbaik, thankyou zhaf ventures!
Nurin Safwah
2025-07-10
Bromo Trip
Thank you Zhaffventures sebab provide travel service yg sgt mantap! Seriously berbaloi sgt and very recommended ❤️ also to our tour guide, Putra, best tour guide ever. Banyak bg info yg menarik and berjaya create bonding within us. So no awkwardness at all walaupun baru kenal and semua have fun sgt. Keep it up Zhaff and team 👏🏽

© 2026 Zhaf Travel & Tours Sdn Bhd · SSM 1641097-W · Lesen MOTAC L/N/12919
Hak cipta terpelihara