

Polisi Tempahan
Sila baca terma dan syarat berikut sebelum membuat tempahan pakej bersama Zhaf Travels.
Dikemaskini 21 Jun 2026
Terma dan syarat ini merupakan perjanjian antara pelanggan dan Zhaf Travel & Tours Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai "Zhaf Travels"). Dengan membuat tempahan dan/atau pembayaran bagi mana-mana pakej yang ditawarkan oleh Zhaf Travels, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di dalam dokumen ini.
Pembayaran hendaklah dibuat mengikut jadual berikut:
A. Pakej Jepun / China / India
| Bayaran | Tempoh Bayaran | Jumlah |
|---|---|---|
| Bayaran Pertama (Deposit) | Semasa tempahan | RM500 seorang |
| Bayaran Kedua | 5 bulan sebelum tarikh berlepas | RM1,000 seorang |
| Bayaran Ketiga | 4 bulan sebelum tarikh berlepas | RM1,000 seorang |
| Bayaran Keempat | 3 bulan sebelum tarikh berlepas | RM500 seorang |
| Bayaran Akhir | 40 hari sebelum tarikh berlepas | Baki penuh pakej |
B. Pakej Indonesia / Thailand / Vietnam
| Bayaran | Tempoh Bayaran | Jumlah |
|---|---|---|
| Bayaran Pertama (Deposit) | Semasa tempahan | RM500 seorang |
| Bayaran Kedua | 4 bulan sebelum tarikh berlepas | RM500 seorang |
| Bayaran Ketiga | 3 bulan sebelum tarikh berlepas | RM500 seorang |
| Bayaran Akhir | 40 hari sebelum tarikh berlepas | Baki penuh pakej |
Bagi tempahan yang dibuat kurang daripada 90 hari sebelum tarikh berlepas, jumlah bayaran yang perlu dijelaskan akan ditentukan oleh Zhaf Travels berdasarkan tempoh semasa.
Jika bayaran penuh tidak diterima sekurang-kurangnya 45 hari sebelum tarikh berlepas, Zhaf Travels berhak membatalkan tempahan dan menyita deposit yang telah dibayar.
Sekiranya pelanggan membatalkan penyertaan atas apa jua sebab, caj pembatalan berikut akan dikenakan:
| Tempoh Sebelum Berlepas | Caj Pembatalan |
|---|---|
| Melebihi 120 hari | Deposit hangus |
| 90 – 119 hari | 50% daripada harga pakej |
| 60 – 89 hari | 70% daripada harga pakej |
| 30 – 59 hari | 85% daripada harga pakej |
| Kurang daripada 30 hari / Tidak Hadir (No Show) | 100% daripada harga pakej |
Sebarang kos yang telah dibayar kepada syarikat penerbangan, hotel, operator darat, visa, insurans atau mana-mana pihak ketiga yang tidak boleh dipulangkan akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.
Setelah tiket penerbangan dikeluarkan, tiada bayaran balik akan diberikan bagi kos tiket penerbangan yang telah dibeli.
Zhaf Travels tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kelewatan, pembatalan, perubahan jadual atau kos tambahan yang berpunca daripada keadaan di luar kawalan syarikat termasuk tetapi tidak terhad kepada bencana alam, gempa bumi, banjir, taufan, kebakaran, pandemik, wabak penyakit, peperangan, rusuhan, tindakan kerajaan, penutupan sempadan, mogok pekerja, gangguan operasi lapangan terbang atau sebarang keadaan luar jangka yang tidak dapat dielakkan.
Sebarang kos tambahan yang timbul akibat keadaan tersebut hendaklah ditanggung oleh pelanggan.
Zhaf Travels berhak menggunakan gambar atau video yang diambil sepanjang perjalanan bagi tujuan pemasaran, promosi, penerbitan dan media sosial syarikat melainkan pelanggan mengemukakan bantahan bertulis sebelum tarikh perjalanan.
Sebarang pertikaian yang timbul berkaitan pakej pelancongan ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan bidang kuasa Mahkamah Malaysia.