
Ice & Snow World
Festival arca ais dan salji terbesar di dunia.
6 hari 5 malam · Private Tour (Ground) · ★ 5 (11 ulasan) · Dari RM 3,490/pax
Ringkasan
Trip ini membawa anda menjelajah bandar ikonik Harbin, terkenal dengan festival salji terbesar dunia. Bermula dengan lawatan ke Zhongyang Street dan Ice & Snow World, anda juga akan menikmati keindahan gereja Saint Sophia dan pemandangan beku Stalin Park. Perjalanan diteruskan ke Yabuli Ski Resort dan Snow Town, di mana suasana putih bersih dan aktiviti salji seperti sleigh ride menanti. Hari terakhir diserikan dengan lawatan ke Volga Manor yang penuh seni bina ala Rusia, sebelum kembali ke Harbin untuk beli-belah dan bersantai.
Gabungan pemandangan, salji tebal, seni bina klasik dan pengalaman musim sejuk sebenar — ini adalah trip wajib bagi pencinta winter dan pengembaraan luar biasa.
Perlu tahu
Bukan trip yang terlalu ramai. Lebih santai, mudah bergerak dan eksklusif untuk setiap peserta.
Masa bercuti bukan untuk tengok produk. Nikmati lebih banyak tempat menarik dan pengalaman sebenar.
Pilihan restoran menepati citarasa Malaysia, keutamaan makanan halal, sesuai untuk seisi keluarga.
Kenderaan bersih, berhawa dingin dan selesa supaya perjalanan antara destinasi lebih menyeronokkan.
Kebanyakan tiket aktiviti utama telah diuruskan lebih awal. Anda hanya perlu hadir dan menikmati.
Jadual seimbang antara aktiviti, rehat dan masa bebas untuk menikmati percutian dengan santai.
Sentiasa bersedia membantu, memberi cadangan dan memastikan perjalanan anda berjalan lancar.
Tiada caj tersembunyi. Apa yang dinyatakan dalam pakej adalah apa yang anda dapat.
Pasangan, keluarga, warga emas mahupun trip bersama rakan-rakan boleh menikmati dengan selesa.

Festival arca ais dan salji terbesar di dunia.

Jalan bersejarah bergaya seni bina Eropah.

Gereja Orthodox ikonik dengan kubah hijau.

Resort ski terbesar di China untuk aktiviti salji.

Jelajah istana ais bercahaya waktu malam.

Naik kereta luncur di kampung putih bersalji.

Cuba aktiviti ski di resort terbesar China.

Kompleks seni bina ala Rusia yang cantik.
Itinerari
Penerbangan KLIA ke Harbin (tiada penerbangan terus; transit di Shanghai atau Beijing). Tiba di Harbin, daftar masuk hotel dan berehat.
Meneroka Zhongyang Street, Saint Sophia Cathedral Square dan Stalin Park, mendaki Zhongdong Railway Bridge, dan menikmati Ice and Snow World sebelum kembali ke hotel.
Daftar keluar menuju Yabuli Ski Resort dan Yaxue Highway ke Snow Town. Nikmati pemandangan malam Snow Town dan Snow Town Disco sebelum daftar masuk hotel.
Meneroka Snow Town secara bebas, lawati Datudingzi Mountain dan menikmati pengalaman menunggang giring kuda (horse-drawn sleigh) sebelum kembali ke Harbin dan daftar masuk hotel.
Lawati Volga Manor iaitu Saint Nicholas Church, Pushkin Exhibition Hall, Vodka Castle, Petrov Art Palace dan Snow Slide, bergambar dengan snowman gergasi, dan beli-belah di Zhongyang Street sebelum kembali ke hotel.
Daftar keluar dan penerbangan Harbin ke KL (tiada penerbangan terus; transit di Shanghai atau Beijing) sebelum tiba di KLIA.
Termasuk
Ya, pakej ini direka khas untuk semua — termasuk mereka yang pertama kali merasai salji. Lokasi seperti Snow Town, Volga Manor dan Ice & Snow World sangat mesra pelawat dan tidak memerlukan stamina tinggi.
Suhu boleh mencecah antara -10°C hingga -30°C, jadi sangat penting untuk membawa pakaian musim sejuk lengkap seperti thermal wear, winter coat, gloves, topi dan snow boots.
Makan dan minum tidak termasuk dalam pakej, namun tour guide akan bantu bawa peserta ke restoran halal atau yang sesuai. Anda juga boleh bawa makanan segera atau makanan ready-to-eat sebagai persediaan.
Ya, visa mungkin diperlukan bergantung kepada polisi terkini. Kami sarankan anda semak keperluan visa atau hubungi ejen untuk panduan dan bantuan dalam permohonan visa.
Boleh! Trip ini adalah open trip untuk 10–16 orang dan sangat sesuai untuk solo traveler. Ramai peserta datang solo dan tetap seronok dengan suasana kumpulan yang mesra dan terurus.
Galeri pengembara
11 ulasan · 5★
Ulasan
Lyanajwa Ibrahim
2026-01-01
Harbin Ice & Snow Festival – 6 Days 5 Nights
My 6 days 5 nights trip to Harbin, China was an unforgettable winter experience, especially with the magical atmosphere of the Harbin Ice and Snow Festival. From stunning ice sculptures to glowing ice castles at night, every moment felt like stepping into a winter wonderland. The entire trip was very well organized, making the experience smooth and enjoyable despite the cold weather. The itinerary was well planned and balanced, allowing us to fully enjoy each attraction without feeling rushed. Every destination was carefully arranged, ensuring comfort and convenience throughout the journey. Our tour guide Zhaf was exceptional — friendly, knowledgeable, and always attentive to everyone’s needs. Clear explanations, good coordination, and constant support made the trip stress-free and enjoyable. The guide’s experience really showed, especially in managing time and ensuring the group stayed comfortable during outdoor activities. Overall, this Harbin trip exceeded my expectations. The breathtaking Ice Festival, combined with excellent organization and a professional tour guide, made this journey truly memorable. It was a unique winter experience that I would highly recommend to anyone looking to experience the beauty of Harbin in winter.
Zhaf
Harbin
Best gilee
Suhaima Taslim
2026-01-01
My first snow experience!
Harbin, China [1 Jan - 6 Jan 2026] I had an amazing travel experience! 😍 Everything was smooth and well-organized, from transportation to accommodation. The destination was beautiful, the food was alhamdulillah ~ delicious and halal, and the sightseeing was absolutely worth it! A big thank you to our wonderful tour guide, abg zhaf and the entire travel agency for such an amazing experience! 😊 Everything was perfectly organized and he and the entire travel agency is so friendly that made the trip truly special 🥹 We had a fantastic time and created unforgettable memories. Also got lots of beautiful pics that taken by him 🥰 Highly appreciated and highly recommended! 😊🇨🇳

Dhirar
2026-01-01
Trip harbin awesome
Trip percution yang sangat extreme dan best

Nadila Binti Saban
2026-01-01
Harbin 1-6 Jan 2026
First time travel luar negara berdua dengan husband dan percutian yang kami pilih Harbin ❄️ ambil pakej dengan zhaf travel sgt2 puas hati layanan dripda team sgt baik. Tmpt mkan pun semua sedap2. Dan zhaf sentiasa bawa tempat yg kita ni akan buat aktiviti. Kalau kamu suka bergmbr boleh suru zhaf ambl mmg berbaloi dan gmbr sgt cntik. Inysa-Allah kalau diberikan rezeki lagi mau ambil dngn zhaf travel nak bawa fmly bsr pla sbb lynan smua sgt baik. Terima kasih atas memori dan layanan yg baik dripda team zhaf travel. 🫶🏻

syazwi adnan
2026-01-03
Winter Vacation at Harbin, China
Good and smooth trip with the best tour guide provided by zhaff agency.

leeyana
2026-01-04
Trip to Harbin
First time join Zhaff Travel, memang puas hati 👍 Susunan trip kemas, tak rushing, semua tempat best. Recommended!













Nazmi Muhammad
2026-01-04
Family Vacation in Harbin
Alhamdulillah sangat best! Pengalaman pertama dapat rasa snow ❄️ terima kasih Faizal for the guided us!




Hmy
2026-01-14
Trip winter harbin mmg enjoy sgt .. rezeki dpt tour guide membantu .sporting .tepat masa..dpt kawan baru best..insya allah next time ada rezeki nk join trip zhaf travel lagi..berbaloi..smua enjoy
Travel date 14-19 jan 2026



nurul ain junit
2026-01-14
trip harbin
trip paling best..... adam the best



© 2026 Zhaf Travel & Tours Sdn Bhd · SSM 1641097-W · Lesen MOTAC L/N/12919
Hak cipta terpelihara