
Padang Pasir Muine
Bukit pasir merah dan putih yang unik di Vietnam.
5 hari 4 malam · Group Tour · Dari RM 1,850/pax
Ringkasan
Trip bermula dengan penerbangan ke Ho Chi Minh, diikuti perjalanan darat ke Dalat yang terkenal dengan cuaca dingin dan pemandangan bunga yang memukau. Anda akan bermain alpine coaster, bergambar di taman bunga, dan santai di kafe berbukit. Hari ketiga diteruskan ke Muine — padang pasir Vietnam yang unik, lengkap dengan aktiviti jeep dan pemandangan kampung nelayan tepi laut.
Hari keempat membawa anda menjelajah sungai Mekong — naik bot, kereta kuda dan sampan sambil menikmati suasana desa Vietnam. Hari terakhir diisi dengan shopping di Ben Thanh Market sebelum pulang. Pakej lengkap dengan penginapan, makan halal, dan lokasi luar biasa — sesuai untuk yang nak rasa Vietnam versi lain dari biasa!
Perlu tahu
Semua dah termasuk
Tiket pergi dan balik dengan makan atas flight.
Empat malam penginapan sepanjang trip.
Sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Kenderaan persendirian sepanjang lawatan.
Semua tiket tarikan ditanggung.
Bukan trip yang terlalu ramai. Lebih santai, mudah bergerak dan eksklusif untuk setiap peserta.
Masa bercuti bukan untuk tengok produk. Nikmati lebih banyak tempat menarik dan pengalaman sebenar.
Pilihan restoran menepati citarasa Malaysia, keutamaan makanan halal, sesuai untuk seisi keluarga.
Kenderaan bersih, berhawa dingin dan selesa supaya perjalanan antara destinasi lebih menyeronokkan.
Kebanyakan tiket aktiviti utama telah diuruskan lebih awal. Anda hanya perlu hadir dan menikmati.
Jadual seimbang antara aktiviti, rehat dan masa bebas untuk menikmati percutian dengan santai.
Sentiasa bersedia membantu, memberi cadangan dan memastikan perjalanan anda berjalan lancar.
Tiada caj tersembunyi. Apa yang dinyatakan dalam pakej adalah apa yang anda dapat.
Pasangan, keluarga, warga emas mahupun trip bersama rakan-rakan boleh menikmati dengan selesa.

Bukit pasir merah dan putih yang unik di Vietnam.

Kebun bunga warna-warni di tanah tinggi sejuk.

Suasana desa Vietnam menyusuri sungai.
Pasar pusat Ho Chi Minh untuk beli-belah.

Meredah bukit pasir dengan jeep.

Roller coaster gunung yang mendebarkan.
Tiga gaya pengangkutan tradisional di delta Mekong.
Layan suasana sejuk dan pemandangan Dalat.
Itinerari
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh, diikuti perjalanan darat ke Dalat yang terkenal dengan cuaca dingin dan pemandangan bunga.
Bermain alpine coaster, bergambar di taman bunga yang memukau, dan santai di kafe berbukit.
Perjalanan ke Muine, padang pasir unik Vietnam, lengkap dengan aktiviti jeep dan pemandangan kampung nelayan tepi laut.
Menjelajah Sungai Mekong dengan bot, kereta kuda dan sampan sambil menikmati suasana desa Vietnam.
Beli-belah di Ben Thanh Market sebelum berlepas pulang ke tanah air.
Termasuk
Tarikh & harga
Tempah dengan deposit RM 500/pax sahaja. Boleh dibuat secara ansuran.
Tarikh perjalanan
Bilangan pax
Tarikh perjalanan
Bilangan pax
Tarikh perjalanan
Bilangan pax
Tarikh perjalanan
Bilangan pax
Ya, trip ini sesuai untuk semua peringkat umur termasuk keluarga dengan anak kecil dan warga emas. Aktiviti seperti river tour, lawatan taman bunga dan perkampungan nelayan adalah santai dan tidak memerlukan fizikal yang tinggi.
Perjalanan dari Ho Chi Minh ke Dalat mengambil masa lebih kurang 7–8 jam dengan kenderaan persendirian yang selesa. Dari Dalat ke Muine pula sekitar 3–4 jam. Sepanjang perjalanan, peserta akan berhenti rehat dan makan seperti dijadualkan.
Ya! Ini adalah pakej fullboard halal — sarapan, makan tengahari dan makan malam disediakan setiap hari di restoran yang halal dan diyakini bersih.
Ya, aktiviti Jeep, ATV dan Alpine Coaster adalah optional dan tidak termasuk dalam harga pakej. Namun, aktiviti ini sangat disyorkan untuk pengalaman yang lebih seronok, terutama di Muine dan Dalat.
Trip ini dibuka untuk minimum 2 orang per tempahan. Walaubagaimanapun, solo traveler digalakkan untuk datang bersama rakan atau keluarga. Jika anda berminat untuk join sebagai solo, boleh hubungi admin untuk semakan tempat & penyusunan.
Galeri pengembara
Foto sebenar pengembara Zhaf di Vietnam
© 2026 Zhaf Travel & Tours Sdn Bhd · SSM 1641097-W · Lesen MOTAC L/N/12919
Hak cipta terpelihara