10 hari 7 malam · Private Tour (Ground) · Dari RM 5,990/pax
Ringkasan
Pakej Jelajah Dolomites & 3 Negara Eropah 10H7M membawa anda menikmati keindahan Jerman, Austria dan Itali melalui pengalaman scenic road trip bermula dari Munich hingga ke Milan, merentasi panorama pergunungan Alps yang memukau. Terokai bandar bersejarah Munich, sebelum meneruskan perjalanan ke Innsbruck, Austria, dengan pengalaman menaiki Nordkette Cable Car sehingga ke Hafelekar. Saksikan keindahan Dolomites di Seceda, Alpe di Siusi, Tre Cime di Lavaredo serta tasik alpine seperti Lago di Braies dan Lago di Carezza. Perjalanan diteruskan ke Lake Como dengan pengalaman menaiki ferry ke perkampungan indah Varenna dan Bellagio, sebelum mengakhiri percutian di kota fesyen Milan, Itali.
Keistimewaan pakej ini terletak pada itinerari yang menggabungkan tiga negara dalam satu perjalanan, dengan fokus kepada panorama alam semula jadi, pengalaman cable car ke kawasan pergunungan, pelayaran ferry di Lake Como serta lawatan ke bandar bersejarah Eropah. Dengan gabungan destinasi ikonik, perjalanan darat yang penuh pemandangan indah dan pengalaman meneroka keunikan Dolomites, pakej ini menawarkan percutian Eropah yang lebih eksklusif, santai dan penuh kenangan.
Bukan trip yang terlalu ramai. Lebih santai, mudah bergerak dan eksklusif untuk setiap peserta.
Masa bercuti bukan untuk tengok produk. Nikmati lebih banyak tempat menarik dan pengalaman sebenar.
Kenderaan bersih, berhawa dingin dan selesa supaya perjalanan antara destinasi lebih menyeronokkan.
Jadual seimbang antara aktiviti, rehat dan masa bebas untuk menikmati percutian dengan santai.
Itinerari





















Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan indah sepanjang percutian.
Peta Perjalanan
Pakej ini meliputi 3 negara Eropah iaitu Jerman, Austria dan Itali, dengan destinasi utama Munich, Innsbruck, Bolzano, Dolomites, Lake Como dan Milan.
Ya! Pakej ini sesuai untuk peserta yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi, pergunungan Alps, tasik, perkampungan Eropah dan bandar-bandar terkenal dalam satu perjalanan.
Ya, terdapat aktiviti berjalan kaki dan hiking ringan hingga sederhana, khususnya di kawasan Dolomites. Peserta digalakkan mempunyai tahap kecergasan yang baik dan memakai kasut yang sesuai.
Tidak. Peserta boleh memilih untuk tidak menyertai aktiviti hiking tertentu. Walau bagaimanapun, pilihan untuk menunggu di kawasan yang selamat bergantung pada lokasi dan aturan Tour Leader.
Antara pengalaman utama ialah:
- Mieders Alpine Coaster di Austria
- Seceda Cable Car dan Seceda Summit
- Sunset hike di Alpe di Siusi
- Tre Cime di Lavaredo dan Cadini di Misurina
- Wooden Rowboat di Lago di Braies
- Ferry dari Varenna ke Bellagio di Lake Como
Tiket aktiviti berbayar aadalah tidak termasuk. Aktiviti pilihan atau tiket yang tidak dinyatakan sebagai termasuk perlu dibayar sendiri.
Tidak. Operasi cable car di Dolomites bergantung kepada musim, cuaca dan jadual penyelenggaraan. Sekiranya tidak beroperasi, itinerary mungkin disesuaikan mengikut keadaan.
Aktiviti ini adalah pilihan mengikut keselesaan peserta dan tertakluk kepada syarat keselamatan operator. Peserta yang tidak mahu mencuba boleh memilih untuk tidak menaikinya.
Perjalanan antara destinasi dirancang menggunakan pengangkutan darat yang diatur untuk kumpulan (Private Transport).
Ya. Perjalanan dari Dolomites ke Lake Como mengambil masa beberapa jam. Peserta akan menikmati panorama sepanjang perjalanan, dengan perhentian mengikut keperluan dan kesesuaian jadual.
Pilihan makanan halal mungkin terhad, khususnya di kawasan pergunungan Dolomites. Peserta digalakkan membawa makanan segera yang sesuai sebagai persediaan. Pengaturan makanan bergantung pada kemudahan di setiap destinasi.
Peserta boleh menunaikan solat secara individu di lokasi yang bersesuaian. Jadual lawatan akan mengambil kira keperluan peserta setakat yang praktikal.
Ya. Kawasan pergunungan boleh menjadi sejuk walaupun pada musim panas, terutama di puncak Seceda dan kawasan berketinggian tinggi. Peserta disarankan membawa jaket, pakaian berlapis dan kasut yang sesuai.
Disarankan membawa kasut hiking atau kasut yang mempunyai cengkaman baik, jaket kalis angin, beg kecil, botol air dan pakaian yang selesa untuk aktiviti outdoor.
Pemegang pasport Malaysia lazimnya tidak memerlukan visa Schengen untuk lawatan pelancongan singkat sehingga 90 hari dalam tempoh 180 hari, tertakluk kepada syarat kemasukan semasa. Keperluan kebenaran perjalanan elektronik, jika telah dikuatkuasakan pada tarikh trip, perlu dipatuhi.
Ya. Susunan lawatan boleh berubah bergantung pada cuaca, keadaan jalan, waktu operasi cable car, keselamatan, trafik dan faktor lain di luar kawalan pihak penganjur.
Boleh dipertimbangkan, tetapi pakej ini lebih sesuai untuk peserta yang aktif dan selesa berjalan jauh. Sesetengah aktiviti hiking dan Alpine Coaster mempunyai keperluan fizikal atau syarat umur dan ketinggian tertentu.
Peserta sangat digalakkan mendapatkan insurans perjalanan yang meliputi rawatan perubatan, gangguan perjalanan dan aktiviti outdoor yang dirancang. Pastikan perlindungan sesuai untuk hiking di kawasan pergunungan.
Ya! Peserta berpeluang membeli-belah di Munich, Bolzano, Ortisei, Lake Como dan Milan, tertakluk kepada masa yang diperuntukkan dalam itinerary.
Deposit tempahan ialah RM3000 seorang, tertakluk kepada terma dan syarat tempahan Zhaf Travels. Baki bayaran perlu dijelaskan mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan.
Tidak. Tour Guide tidak akan berlepas bersama peserta dari Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, proses check-in penerbangan akan dibantu oleh Admin Zhaf Travels yang bertugas, termasuk memberikan panduan dan arahan sebelum berlepas.
Sepanjang perjalanan penerbangan dan transit, peserta akan dibantu melalui Virtual Guide (WhatsApp) sekiranya memerlukan panduan atau bantuan.
Tour Guide akan menyambut peserta di lapangan terbang Munich atau Milan, bergantung pada laluan perjalanan, dan mengiringi peserta sepanjang program lawatan di Eropah.
© 2026 Zhaf Travel & Tours Sdn Bhd · SSM 1641097-W · Lesen MOTAC L/N/12919
Hak cipta terpelihara