
Wat Arun
Kuil fajar ikonik tepi Sungai Chao Phraya.
4 hari 3 malam · Group Tour · ★ 4.5 (4 ulasan) · Dari RM 1,800/pax
Ringkasan
Trip bermula dengan menjelajah ikon utama Bangkok seperti Wat Arun, Icon Siam dan Platinum Mall, sebelum bersantai di Chocolate Ville dan food hunting di night market halal. Hari kedua bawa anda ke Kanchanaburi untuk berinteraksi dengan haiwan di Safari Park, berjalan atas SkyWalk kaca, serta nikmati suasana kampung di Meena Cafe.
Hari ketiga padat dengan pengalaman unik — dari pasar Maeklong yang dilalui kereta api, ke Chatuchak Market terbesar di dunia, dan makan malam eksklusif atas Chao Phraya Sunset Cruise sambil layan pemandangan kota dan persembahan live. Hari terakhir diisi dengan free & easy sebelum pulang ke tanah air. Trip ini gabungan sempurna antara budaya, shopping dan alam semula jadi.
Perlu tahu
Semua dah termasuk
Tiket pergi dan balik termasuk.
Tiga malam penginapan selesa.
Kenderaan disediakan sepanjang trip.
Chao Phraya Sunset Cruise termasuk makan atas cruise.
Semua tiket lawatan berbayar ditanggung.
Bukan trip yang terlalu ramai. Lebih santai, mudah bergerak dan eksklusif untuk setiap peserta.
Masa bercuti bukan untuk tengok produk. Nikmati lebih banyak tempat menarik dan pengalaman sebenar.
Pilihan restoran menepati citarasa Malaysia, keutamaan makanan halal, sesuai untuk seisi keluarga.
Kenderaan bersih, berhawa dingin dan selesa supaya perjalanan antara destinasi lebih menyeronokkan.
Kebanyakan tiket aktiviti utama telah diuruskan lebih awal. Anda hanya perlu hadir dan menikmati.
Jadual seimbang antara aktiviti, rehat dan masa bebas untuk menikmati percutian dengan santai.
Sentiasa bersedia membantu, memberi cadangan dan memastikan perjalanan anda berjalan lancar.
Tiada caj tersembunyi. Apa yang dinyatakan dalam pakej adalah apa yang anda dapat.
Pasangan, keluarga, warga emas mahupun trip bersama rakan-rakan boleh menikmati dengan selesa.

Kuil fajar ikonik tepi Sungai Chao Phraya.

Pasar yang dilalui kereta api di atas landasan.

Kafe sawah padi bersuasana kampung Kanchanaburi.

Pusat beli-belah utama di Bangkok.

Makan malam atas bot dengan persembahan live.

Berjalan atas lantai kaca di Kanchanaburi.

Berinteraksi dengan haiwan di taman safari.

Beli-belah di pasar hujung minggu terbesar dunia.
Itinerari
Penerbangan KLIA ke Bangkok, melawat Wat Arun (wat tertua di Thailand, boleh menyewa baju Thai serendah 200 baht), Icon Siam (mall terbesar di Bangkok) dan beli-belah di Platinum Mall. Singgah di Chocolate Ville yang cantik dan unik, serta Ramkhamhaeng Night Market yang menjual hampir 90% makanan halal sebelum daftar masuk hotel.
Lawati Safari Park Kanchanaburi (boleh bermain dengan zirafah pada jarak dekat), River Kwae Bridge yang masih digunakan sejak Perang Dunia Kedua, dan SkyWalk Kanchanaburi (jambatan kaca setinggi 200m di tepi Sungai Kwae). Singgah di Meena Cafe di tengah sawah padi sebelum kembali ke hotel.
Melawat Maeklong Railway Market (kereta api melalui celahan pasar), Chatuchak Weekend Market dan Asiatique, diakhiri Chao Phraya Sunset Cruise dengan makan malam dan persembahan live di atas cruise sebelum kembali ke hotel.
Masa bebas, daftar keluar dan penerbangan Bangkok ke KLIA.
Termasuk
Tarikh & harga
Tempah dengan deposit RM 500/pax sahaja. Boleh dibuat secara ansuran.
Tarikh perjalanan
Bilangan pax
Tarikh perjalanan
Bilangan pax
Tarikh perjalanan
Bilangan pax
Tarikh perjalanan
Bilangan pax
Ya, pakej ini sesuai untuk semua peringkat umur termasuk warga emas dan keluarga dengan anak-anak. Aktiviti banyak berbentuk santai seperti lawatan, bergambar, shopping dan river cruise — tiada aktiviti ekstrem.
Ya. Walaupun makan tidak termasuk dalam pakej, peserta akan dibawa ke restoran halal yang telah dikenal pasti. Bangkok dan Kanchanaburi mempunyai banyak pilihan makanan halal yang sedap dan selamat.
Ia adalah pengalaman makan malam eksklusif di atas bot mewah sambil menyusuri Sungai Chao Phraya dengan pemandangan matahari terbenam. Terdapat juga persembahan live di atas cruise untuk hiburan peserta.
Pakej ini termasuk 7kg hand carry sahaja. Sekiranya anda perlukan check-in luggage, ia boleh ditambah dengan caj tambahan mengikut polisi penerbangan.
Ini adalah open trip dengan kira-kira 10 peserta dalam satu kumpulan. Sangat sesuai untuk solo traveler, pasangan, mahupun kawan-kawan yang mahu travel dalam suasana santai dan terurus.
Galeri pengembara
Foto sebenar pengembara Zhaf di Thailand
Ulasan
Nur diyana mohd nazir
2025-11-19
Bangkok-Kanchanaburi
Sangat best n seronok!

Prita Enjelita
2025-11-19
best insyallah boleh repeat again ! 🫶🏻
best insyallah boleh repeat again ! 🫶🏻
Nad
2025-11-19
Bangkok
Tour guide okay.. boleh masuk ayaq sekali walaupun sorang kena handle 17 gugirls 😄.. makasehh ya
Aimi saffa
2025-11-19
Bangkok
Best sangat2 ! Agent sporting ! Tempat2 menarik






© 2026 Zhaf Travel & Tours Sdn Bhd · SSM 1641097-W · Lesen MOTAC L/N/12919
Hak cipta terpelihara