7 hari 5 malam · Group Tour · Dari RM 4,200/pax
Ringkasan
Pakej Kashmir 6H5M membawa anda menyelami keindahan Kashmir yang dikelilingi lembah menghijau, tasik yang tenang dan panorama pergunungan Himalaya yang memukau. Terokai pesona Srinagar, Sonmarg, Gulmarg dan Pahalgam, nikmati pengalaman ikonik menaiki Shikara Ride serta bermalam di Houseboat, dan saksikan keindahan taman-taman Mughal yang penuh sejarah. Perjalanan diteruskan ke Sonmarg dengan panorama gunung bersalji, Gulmarg yang terkenal dengan Gondola dan landskap tanah tingginya, serta Baisaran Valley di Pahalgam yang sering digelar “Mini Switzerland”. Dengan gabungan keindahan alam, budaya Kashmir dan pengalaman tanah tinggi Himalaya, setiap hari dalam perjalanan ini menjanjikan suasana yang berbeza dan kenangan yang sukar dilupakan.
Perlu tahu
Bukan trip yang terlalu ramai. Lebih santai, mudah bergerak dan eksklusif untuk setiap peserta.
Masa bercuti bukan untuk tengok produk. Nikmati lebih banyak tempat menarik dan pengalaman sebenar.
Kenderaan bersih, berhawa dingin dan selesa supaya perjalanan antara destinasi lebih menyeronokkan.
Kebanyakan tiket aktiviti utama telah diuruskan lebih awal. Anda hanya perlu hadir dan menikmati.
Jadual seimbang antara aktiviti, rehat dan masa bebas untuk menikmati percutian dengan santai.
Tiada caj tersembunyi. Apa yang dinyatakan dalam pakej adalah apa yang anda dapat.
Itinerari
Bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke New Delhi sebelum meneruskan penerbangan domestik ke Srinagar, ibu kota musim panas Kashmir yang terkenal dengan panorama pergunungan dan tasik yang mempesonakan.
Tiba di Srinagar dan berehat sebagai persediaan untuk memulakan pengembaraan Kashmir.










Peta Perjalanan
Termasuk
Tarikh & harga
Tempah dengan deposit RM 500/pax sahaja. Boleh dibuat secara ansuran.
Tarikh perjalanan
Bilangan pax
Tarikh perjalanan
Bilangan pax
Tarikh perjalanan
Bilangan pax
Tarikh perjalanan
Bilangan pax
Pakej ini sesuai untuk keluarga dan warga emas yang masih aktif. Namun, beberapa destinasi berada di kawasan tanah tinggi dan mungkin melibatkan berjalan kaki, permukaan tidak rata serta cuaca yang sejuk. Tahap kesesuaian juga bergantung kepada aktiviti pilihan yang ingin disertai.
Cuaca Kashmir berubah mengikut musim dan kawasan yang dilawati. Srinagar, Sonmarg, Gulmarg dan Pahalgam juga boleh mempunyai suhu yang berbeza pada hari yang sama. Kami akan berkongsi cadangan pakaian dan persediaan berdasarkan musim sebelum tarikh perjalanan.
Peluang melihat salji bergantung kepada musim, lokasi dan keadaan cuaca semasa. Kawasan tanah tinggi seperti Gulmarg dan Sonmarg biasanya mempunyai peluang yang lebih baik untuk menikmati suasana bersalji pada musim tertentu, namun keadaan salji tidak dapat dijamin.
Ya. Sarapan pagi dan makan malam telah disediakan sepanjang perjalanan. Untuk makan tengah hari, peserta akan dibawa ke restoran halal dan bayaran adalah atas perbelanjaan sendiri. Makanan halal mudah didapati di Kashmir kerana majoriti penduduk tempatan beragama Islam.
Ya. Pengalaman menaiki Shikara Ride di Srinagar telah termasuk dalam itinerari pakej, membolehkan anda menikmati suasana tasik dan panorama Kashmir dengan lebih santai.
Ya. Salah satu pengalaman istimewa dalam pakej ini ialah bermalam di Houseboat di Srinagar. Ia memberikan pengalaman penginapan yang unik dan cukup sinonim dengan percutian ke Kashmir.
Ya. Tiket Gulmarg Gondola Phase 1 telah termasuk dalam harga pakej, membolehkan anda menikmati panorama indah Gulmarg dari kawasan tanah tinggi. Sebarang naik taraf atau perjalanan ke fasa seterusnya adalah pilihan dan tertakluk kepada ketersediaan tiket, cuaca serta operasi semasa.
Aktiviti tambahan seperti menunggang kuda ke Thajiwas Glacier dan aktiviti salji merupakan aktiviti pilihan dan perlu dibayar sendiri sekiranya berminat. Harga bergantung kepada aktiviti dan kadar semasa di lokasi.
Ya. Pakej merangkumi perjalanan dari Kuala Lumpur ke New Delhi serta penerbangan domestik New Delhi – Srinagar – New Delhi, mengikut butiran penerbangan yang dinyatakan dalam pakej.
Untuk perjalanan ini, had bagasi yang disediakan adalah:
Penerbangan Antarabangsa: 20kg seorang
Penerbangan Domestik: 15kg seorang
Kami mengesyorkan peserta merancang dan menyusun bagasi mengikut had 15kg bagi memudahkan perjalanan domestik antara New Delhi dan Srinagar.
Penginapan akan disusun berdasarkan Double/Twin Sharing atau Triple Sharing, mengikut bilangan peserta dalam tempahan. Kami tidak akan mencampurkan anda dengan peserta lain yang tidak dikenali. Bagi peserta yang ingin menginap seorang, caj Single Supplement akan dikenakan.
Ya, terdapat perjalanan darat dari Srinagar ke destinasi-destinasi tersebut. Namun, sepanjang perjalanan anda akan disajikan dengan panorama lembah, sungai dan pergunungan Kashmir yang menjadi sebahagian daripada pengalaman trip ini.
Ia bergantung kepada musim perjalanan. Secara umum, kami mengesyorkan kasut yang selesa, pakaian berlapis dan jaket. Untuk perjalanan pada musim sejuk, pakaian thermal, jaket tebal, sarung tangan dan kasut yang sesuai untuk cuaca sejuk amat digalakkan.
Tempahan boleh disahkan dengan pembayaran deposit sebanyak RM500 seorang. Baki pembayaran perlu dijelaskan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak Zhaf Travels.
Anda boleh menghubungi pasukan Zhaf Travels melalui WhatsApp untuk mendapatkan penerangan mengenai tarikh perjalanan, itinerari, aktiviti pilihan, persediaan cuaca dan perkara lain sebelum membuat tempahan.
© 2026 Zhaf Travel & Tours Sdn Bhd · SSM 1641097-W · Lesen MOTAC L/N/12919
Hak cipta terpelihara