
Grand World Phu Quoc
Kawasan ala Venice Italy.
4 hari 3 malam · Private Tour (Ground) · ★ 4.9 (13 ulasan) · Dari RM 1,290/pax
Ringkasan
Pakej Phu Quoc 4H3M membawa anda menikmati percutian eksklusif ke salah satu pulau tercantik di Vietnam. Terokai keindahan alam semula jadi, tarikan bertaraf dunia dan suasana pesisir yang mempesonakan dalam perjalanan yang dirancang dengan teliti. Dari pengalaman menaiki Hon Thom Cable Car, mengunjungi Grand World, hingga meneroka VinWonders dan Vinpearl Safari, setiap detik menjanjikan pengalaman yang elegan, selesa dan penuh memori bermakna.
Kelebihan pakej
Bukan trip yang terlalu ramai. Lebih santai, mudah bergerak dan eksklusif untuk setiap peserta.
Masa bercuti bukan untuk tengok produk. Nikmati lebih banyak tempat menarik dan pengalaman sebenar.
Kenderaan bersih, berhawa dingin dan selesa supaya perjalanan antara destinasi lebih menyeronokkan.
Kebanyakan tiket aktiviti utama telah diuruskan lebih awal. Anda hanya perlu hadir dan menikmati.
Jadual seimbang antara aktiviti, rehat dan masa bebas untuk menikmati percutian dengan santai.
Tiada caj tersembunyi. Apa yang dinyatakan dalam pakej adalah apa yang anda dapat.

Kawasan ala Venice Italy.

Pekan matahari terbenam dengan Kiss Bridge ikonik.

Taman tema ala Disneyland terbesar Vietnam.

Kereta kabel laut terpanjang di dunia.

Jambatan iconic di Sunset Town.

Taman tema air yang luar biasa seronok.

Safari haiwan terbuka yang menarik.

Persembahan laser dan bunga api.
Itinerari









Nikmati masa bebas untuk membeli-belah atau bersantai sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Peta Perjalanan
Termasuk
deposit RM500/pax
Ya. Pakej ini sesuai untuk keluarga, pasangan dan warga emas yang masih aktif. Itinerari disusun dengan seimbang agar setiap peserta dapat menikmati percutian dengan selesa.
Ya. Kami akan membawa peserta ke restoran yang menyediakan pilihan makanan halal atau mesra Muslim sepanjang trip.
Tidak. Semua tiket masuk yang dinyatakan dalam itinerari telah diuruskan oleh pihak kami. Anda hanya perlu hadir dan menikmati percutian tanpa perlu beratur atau membeli tiket sendiri.
Ya. Semua destinasi yang dinyatakan di dalam itinerari adalah termasuk dalam harga pakej, kecuali aktiviti yang dinyatakan sebagai pilihan (optional).
Ya. Kedua-dua pertunjukan ini merupakan aktiviti pilihan (optional) dan tidak termasuk dalam harga pakej.
Sekiranya berminat, anggaran harga tiket adalah seperti berikut:
Quintessence of Vietnam – 150,000 VND seorang
Kiss of The Sea – 750,000 VND seorang
Kami menyediakan bilik Double (2 orang) dan Triple (3 orang). Susunan bilik akan disesuaikan mengikut bilangan peserta dalam tempahan anda dan tidak akan dicampurkan dengan peserta lain.
Sekiranya anda ingin menginap seorang dalam satu bilik (Single Room), caj tambahan sebanyak RM300 seorang akan dikenakan.
Sepanjang pakej ini, anda akan menginap di dua lokasi berbeza bagi membolehkan anda menikmati pengalaman di kawasan utama Phu Quoc.
Malam Pertama – Thien Y Homestay, Grand World Phu Quoc
Malam Kedua & Ketiga – We Young Apartment, Sunset Town
Sekiranya hotel yang dinyatakan penuh atau berlaku keadaan di luar kawalan, pihak kami akan menyediakan penginapan lain yang setaraf atau lebih baik.
Tidak. Itinerari kami dirancang dengan keseimbangan antara aktiviti, waktu rehat dan masa bebas supaya anda dapat menikmati setiap destinasi dengan lebih santai.
Pemegang pasport Malaysia tidak memerlukan visa untuk lawatan pelancongan ke Vietnam mengikut syarat imigresen semasa.
Tempahan boleh disahkan dengan pembayaran deposit sebanyak RM500 seorang. Baki pembayaran hendaklah dijelaskan sebelum tarikh yang ditetapkan.
Sepanjang lawatan, anda akan menggunakan kenderaan pelancongan yang selesa dan berhawa dingin. Semua urusan pengangkutan mengikut itinerari akan diuruskan oleh pihak kami.
Perjalanan akan diiringi oleh Tour Leader Zhaf Travels yang berpengalaman bagi memastikan perjalanan anda berjalan lancar, selesa dan teratur.
Anda boleh menghubungi pasukan Zhaf Travels melalui WhatsApp pada bila-bila masa. Kami sedia membantu anda memilih tarikh, menerangkan itinerari serta menjawab sebarang pertanyaan sebelum anda membuat tempahan.
Ulasan
FAUZIAH Abu
2025-09-11
Phu quo trip
Terima kasih, ZHAF VENTURES sgt membantu dlm merancang perjalanan percutian saya. Semua berjalan lancar & saya sgt berpuas HATI. Layanan yg diberikan oleh AGEN TEEYA sgt ramah & informatif. Travel agent ini tahu apa yg diperlukan oleh pelanggannya. Perjalanannya sesuai dgn yg dijanjikan malah lebih baik Dari apa yg dirancangkan. Pengalaman percutian yg takkan dilupakan! Saya adalah pelanggan yg paling TUA dalam group ini tidak pernah merasa terpinggir. & Saya juga tak berasa bimbang soal urusan logistics. Semuanya sudah diatur oleh agen Teeya. Insya'allah jumpa kita dilain trip ✈️😘💞

Adiatul Hazmira Binti Abdul Halim
2025-09-11
Trip ke Phu Quoc
Pertama kali join trip dengan Zhaff Travel,Alhamdulillah sangat puashati.Tour guide (Teeya) yang banyak membantu,sentiasa ada dengan kami semua.Dari segi transport terbaik,selesa.Untuk penginapan juga sama.Cuma di GrandWorld kami terpaksa split hotel..Hotel kami dapat agak sukar bg org2 tua sebab kena naik tangga tingkat 3..Bilik ok siap sorg 1 katil..Toilet je failed sebab air dia ada bau yg kurg enak.Lain lain semua ok..Di Sunset Town semua terbaik..Terima kasih Teeya.InshaAllah ada rezeki nak repeat lagi😍

Adiatul Hazmira binti Abdul Halim
2025-09-11
Jadual Perjalanan Phu Quoc
Jadual perjalanan ok..Cuma hari ke4 mcm kalut,tak sempat buat apa apa sebab flight pagi..Check out terus balik😢😬
farah
2025-09-22
Trip to Phú Quốc
Had such a smooth and enjoyable trip. Everything was well arranged from the airport transfer to accommodation, activities and the whole experience, A special mention goes to Teeya, our tour guide. She was absolutely amazing! Overall, I’m very satisfied with the service and highly recommend! Dropping some Phu Quoc views here 😋







Arnie
2025-11-20
Amazing experience!
Had an amazing and wonderful experience in Phu Quoc!! First time join trip dgn Zhaf, memang suggested dan berbaloi. Walaupun rushing sikit sbb flight delay but they tried their best to compensate so we can have our best experience here. Tour guide, Faizal memang sangat baik, helpful, knowledgeable, and friendly. Price wise, affordable. InsyaAllah next time akan join lagi Zhaff pergi trip lain! 🥰💯
Siti Umairoh binti Abd Rasid
2025-11-23
Bromo Trip (June) Phu Quoc (Nov)
Kalau dalam masa setahun pilih agent yang sama maknanya apa tu?? hehe ke Bromo bersama TG Adam dan Phu Quoc bersama TG Faizal , dua dua sangat profesional dan ramahhh . Saya solo trip but enjoy untuk kedua dua trip!! Tour Guide sangat sangat lah membantu , tak payah risau !! tak tahu tanya jeee . Confirm ada jawapan! Takde sapa nak amikkan gambo suruh je dia orang ! Penat macam mana pon dia orang layan client baik sangat! Sangat sangat recommended lah! Service laju! InShaAllah sampai ketemu next trip❤️


Fariza Abdullah
2025-11-20
Berbaloi-baloi
First time join trip dgn Zhaftravels serius best. Everything smooth and enjoy sgt. Even saya bawak toddle under 2y tapi trip sangatlah smooth. TG Faizal sgt friendly, well manage. Recommend sgt travel dgn zhaftravels ni. Till we meet again on next trip. Tqsm





Wandaa Leenda
2026-02-12
Trip to Phu Quoc
Best trip ever with my kids.Itinerary smooth je and tersusun cantik.TG Faizal did a good job too.InsyaAllah ada rezeki akan repeat lagi dengan Zhaff Travel pergi tempat lain pula✨

Nurhidayah bt Abdul Basir
2025-09-04
Trip phu quoc
Amazing trip and best hospitality.. itinerary disusun cantik. Amazing tour guide by Z. Overall memang terbaik and tak ada masalah. Enjoy sangat sepanjang dekat sana.

Amin
Phu Quoc
BEST GILA TRIP DENGAN ZHAF VENTURES
© 2026 Zhaf Travel & Tours Sdn Bhd · SSM 1641097-W · Lesen MOTAC L/N/12919
Hak cipta terpelihara