Rasai keajaiban musim sejuk di kota ais dunia — dari Ice & Snow World yang memukau, ski di Yabuli, hinggalah pengalaman salji sebenar di Snow Town. Trip ini bukan biasa-biasa, ini winter wonderland sebenar!
❄️ Harbin Winter 6H5M: Kembara Ais & Salji Paling Epik di China
Trip ini membawa anda menjelajah bandar ikonik Harbin, terkenal dengan festival salji terbesar dunia. Bermula dengan lawatan ke Zhongyang Street dan Ice & Snow World, anda juga akan menikmati keindahan gereja Saint Sophia dan pemandangan beku Stalin Park. Perjalanan diteruskan ke Yabuli Ski Resort dan Snow Town, di mana suasana putih bersih dan aktiviti salji seperti sleigh ride menanti. Hari terakhir diserikan dengan lawatan ke Volga Manor yang penuh seni bina ala Rusia, sebelum kembali ke Harbin untuk beli-belah dan bersantai.
Gabungan pemandangan, salji tebal, seni bina klasik dan pengalaman musim sejuk sebenar — ini adalah trip wajib bagi pencinta winter dan pengembaraan luar biasa.
Nota Untuk Traveller
- HOT DATE: 📌30 DEC 2025 - 4 JAN 2026 :RM4000/pax
- Tiada direct flight, akan transit same ada di Shanghai atau Beijing
- Ini adalah open trip, 10-16 orang dalam satu kumpulan
- Solo travel juga dialu-alukan.
Write a Review